- Lain-lain
Pelajar China Kuasai Bahasa Melayu, Jadi Jambatan Komunikasi di CAEXPO
Liang Boya, atau lebih dikenali dengan nama samaran Melayu iaitu Amelia, merupakan pelajar jurusan Bahasa Melayu dari Universiti Minzu Guangxi.
Pada tahun ini, Amelia tampil di Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 sebagai penterjemah dan jurujual. Dengan penguasaan bahasa Melayu yang fasih, dia telah menjadi jambatan yang mempermudah para pempamer dari Malaysia, sambil menonjolkan kemahiran komunikasi serta kebolehan menarik pelanggan yang cemerlang.
Usahanya mendapat penilaian tinggi daripada para pempamer Malaysia.
"Kami dapat Amelia sebagai penterjemah dan juga jurujual kami. Amelia sangat bagus, berkomunikasi baik dalam bahasa (Melayu). Dan dari segi untuk menarik perhatian pelanggan, dia cukup bagus. Saya bagi markah 9/10!" ujar Erni Yuslinah Abdul Rahman, Pengarah Urusan Syarikat Pak Man Industries.
Untuk rekod, Universiti Minzu Guangxi ialah salah satu daripada 14 institut di China yang menawarkan jurusan Bahasa Melayu, menyumbang tenaga mahir kepada Ekspo China-ASEAN, iaitu sebuah acara tahunan di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, yang menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN.
- Model Pelancongan dan Kebudayaan “AI Guilin” Dilancarkan Secara Rasmi di CAEXPO
- Naib Presiden China Han Zheng Hadir Majlis Perasmian CAEXPO ke-22
- Tinjauan CGTN: CAEXPO Platform Penting Pelihara Multilateralisme Global
- Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning
- CAEXPO ke-22 Sediakan Pavilion Khas AI
- CAEXPO Berperanan Penting Pacu Kerjasama China-ASEAN
- Lebih 3,200 Syarikat Sertai CAEXPO ke-22 di Nanning
- Sekilas Eskpo China-ASEAN ke-22
- CAEXPO ke-22 akan Terserlah dengan Penglibatan 39 Bandar Kembar dengan Guangxi
- CAEXPO ke-22 Bakal Disertai 3,200 Syarikat Pempamer