Xi Utus Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-130 Universiti Tianjin

(CRI)Khamis 02 Oktober 2025

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-130 penubuhan Universiti Tianjin.

Ucapan tahniah disampaikan beliau menerusi surat balas kepada guru dan pelajar universiti berkenaan baru-baru ini.

Xi menzahirkan harapan supaya Universiti Tianjin memberikan fokus kepada keperluan strategi utama negara, mengukuhkan penyelidikan asas dan terus melakar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, di samping memperkasa usaha pemupukan bakat.

Universiti itu diharap memberi sumbangan baharu bagi membangunkan negara kuat dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi serta memacu modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan