- Lain-lain
China Seru Sinergi Galak Usaha Pemerkasaan Wanita
China menyeru masyarakat antarabangsa menggembleng tenaga untuk memajukan usaha pemerkasaan kaum wanita.
Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong dalam sesi debat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan pada Isnin.
Fu berkata komuniti antarabangsa perlu mendorong penyelesaian isu-isu panas secara politik dan mewujudkan persekitaran hidup yang aman damai untuk kaum wanita.
Beliau menekankan keperluan menambah peruntukan sumber bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada wanita dan kanak-kanak perempuan, meningkatkan literasi wanita dengan memanfaatkan teknologi digital serta menyempurnakan jaminan sosial untuk golongan berkenaan.
Pertukaran dan kerjasama dalam usaha pemerkasaan kaum wanita juga perlu dipergiatkan, katanya.
Menurut Fu, China akan menganjurkan lagi Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing dengan tujuan mengumpul konsensus mengenai perpaduan dan kerjasama serta membentuk sinergi untuk menghadapi cabaran sekali gus menyuntik momentum baharu kepada usaha pemerkasaan kaum wanita di peringkat global.
- Kertas Putih "Pencapaian China dalam Pembangunan Wanita Era Baharu" Diterbitkan
- China Bekerjasama dengan UNESCO Tingkatkan Pendidikan Sains untuk Kaum Wanita
- Angkasawan Wanita Pertama China Bentang Pembangunan Wanita China di PBB
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- Galak Golongan Wanita Berbakti kepada Pembangunan Modenisasi Ala China: Xi
- Trend ‘Sukan Wanita’ Luaskan Pintu Niaga untuk Jenama
- Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika
- Muzium Papar Pakaian Tradisional Wanita Pelbagai Etnik Sempena Hari Wanita Sedunia
- Xi Zahir Ucapan Tahniah dan Mogaan Baik kepada Golongan Wanita