Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan Lepasi RMB1.6 Bilion

(CRI)Selasa 07 Oktober 2025

Setakat tengah hari 7 Oktober, jumlah keseluruhan kutipan tiket filem (termasuk prajualan) di China sempena cuti Hari Kebangsaan 2025 dicatat melebihi 1.6 bilion yuan (RM947 juta).

Antara yang ditayangkan sepanjang tempoh percutian itu, filem The Volunteers: Peace at Last, A Writer's Odyssey II dan Row to Win menduduki tiga tangga teratas dalam carta kutipan pecah panggung.

Video

Berita Berkaitan