- Lain-lain
Pasaran Filem China Catat Kutipan Memberangsangkan
Setakat petang Selasa, jumlah keseluruhan kutipan tiket filem (termasuk prajualan) di China sempena cuti Hari Kebangsaan 2025 dicatat melebihi 1.7 bilion yuan (RM1 bilion).
Statistik turut menunjukkan kutipan tiket filem di seluruh negara bagi 2025 mencecah 42.502 bilion yuan (RM25.11 bilion), melebihi paras yang direkod sepanjang tahun lepas.
Hasil kutipan filem yang memberangsangkan turut menjana pasaran perbelanjaan domestik sempena cuti panjang selama lapan hari.
Aplikasi mudah alih 'peta tiket filem' yang dilancarkan pada 30 September membolehkan para penonton menikmati diskaun ditawarkan kedai makan dan minum di kawasan sekitar 12,000 buah panggung wayang di seluruh negara.
Di samping itu, Pentadbiran Perfileman China (CFA) dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) bersama-sama menganjurkan aktiviti 'Travel with Films' yang mengetengahkan lokasi penggambaran filem sebagai destinasi lawatan, sekali gus membantu memacu sektor pelancongan tempatan.
- Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan Lepasi RMB1.2 Bilion
- Kutipan Filem 'Shenzhou-13' Cecah RMB45 juta
- Kutipan Filem Semasa Cuti Hari Kebangsaan Cecah RMB200 Juta
- Kutipan Tiket Filem "731" Cecah RMB1.2 Bilion
- Anugerah Panda Emas: Pelakon Malaysia, Jack Tan Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Forum Kebudayaan Antarabangsa Panda Emas 2025 Berlangsung di Chengdu
- “Janji Cahaya, Temui Keindahan”: Anugerah Panda Emas Ke-2 Berlangsung di Chengdu
- Golden Panda Awards Edisi Kedua Buka Tirai, Tampil 27 Anugerah
- "Dead to Rights" Tayangan Perdana di Malaysia Sentuh Penonton Tempatan
- Kutipan Tiket Filem Semasa Musim Panas 2025 Lepasi RMB10.5 Bilion