Penerbangan Langsung China-India akan Pulih Menjelang Hujung Oktober

(CRI)Jumaat 10 Oktober 2025

Perkhidmatan penerbangan langsung China-India akan dipulihkan menjelang hujung Oktober ini, hasil pelaksanaan persepakatan yang dicapai Presiden China Xi Jinping dengan Perdana Menteri India NarendraModi dalam pertemuan di Tianjin pada 31 Ogos lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu, hasil terbabit juga disifatkan langkah proaktif untuk memudahkan pertukaran persahabatan antara kedua-dua negara membabitkan rakyat yang berpopulasi 2.8 bilion lebih.

Tambahnya, China bersedia bersama dengan India, menangani hubungan bilateral dari segi strategik untuk jangka masa panjang, menyemarakkan semangat kejiranan dan meningkatkan keserasian untuk pembangunan di negara masing-masing demi manfaat rakyat, sekaligus menyumbang kepada usaha memelihara kedamaian dan kemakmuran di Asia bahkan dunia.

Video

Berita Berkaitan