Penjejak Trend: Keterujaan Kaki Makan pada Perayaan Kuih Bulan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 06 Oktober 2025

Hi, semua! Saya Kuku, kaki makan! Hari ini kita meraikan Perayaan Kuih Bulan dengan makan tradisional. Ikuti saya dalam pengembaraan untuk menerokai makanan-makanan yang lazat sempena perayaan yang penuh kasih sayang dan pertemuan semula keluarga yang istimewa ini dalam satu minit.

Menurut kalendar tradisional Cina, bulan kelapan jatuh pada pertengahan musim luruh. Itulah sebab ia turut dipanggil sebagai ‘pertengahan musim luruh’. Hari ke-15 bulan kelapan kalendar tradisional Cina pula adalah ditengah-tengah musim luruh, yang merupakan sebab ia digelar Pesta Pertengahan Musim Lurus.

Pertemuan semula sentiasa menjadi tema fokus bagi pesta ini. Sejak zaman purba, bulan purnama telah menjadi simbol pertemuan semula bagi masyarakat Cina. Masyarakat Cina purba mendapati bahawa bulan akan penuh pada pertengahan setiap bulan qamari dan bersinar paling cerah pada pertengahan musim luruh. Justeru, Pesta Kuih Bulan juga dikenali sebagai pesta pertemuan semula.

Tradisi menyembah bulan bersejarah sejak zaman Dinasti Zhou (1046-256 SM). Selama bertahun-tahun, penglipur lara dan penyajak menyampaikan mitos dan legenda yang penuh menarik, seperti kisah ‘Chang'e Flying to the Moon’ dan ‘The Jade Rabbit Pounding Medicine’. Jadi, setiap kuih bulan yang dimakan di bawah cahaya bulan membawa sentuhan puisi.

Di tengah-tengah setiap meja makan pada Pesta Kuih Bulan tentunya terdapat kuih bulan! China mempunyai kuih bulan yang tidak terkira jenisnya, yang dikategorikan oleh kawasan, rasa, inti dan juga kulitnya. Pada setiap Pesta Kuih Bulan, munculnya juga satu debat yang lazim antara utara dan selatan China iaitu ‘kuih bulan perlu manis atau sebaliknya?’

China mewartakan Pesta Kuih Bulan sebagai cuti awam rasmi pada 2008. Namun, tradisi menyembah bulan telah meluas jauh di sebalik sempadan China.

Malam in, sama ada anda tengah menikmati kuih bulan dengan inti lima kacang yang klasik atau daging dan kuning telur yang enak, kita semua memandang bulan nan cerah yang sama dan berkongsi kehangatan yang sama. Selamat menyambut Pesta Kuih Bulan yang penuh dengan momen melihat bulan yang sempurna dan pertemuan semula keluarga yang menyejukkan hati! Jumpa lagi pada pesta yang seterusnya!

Video

Berita Berkaitan