Pendapatan Perniagaan Perisian Komputer China Meningkat 12.6%

(CRI)Jumaat 10 Oktober 2025

Industri perisian komputer dan perkhidmatan teknologi maklumat China beroperasi dengan baik pada lapan bulan pertama tahun ini, dan trend itu kekal kukuh disokong oleh peningkatan pendapatan perniagaan perisian komputer yang stabil beserta peningkatan keuntungan keseluruhan pada dua digit, dan pengeksportan perisian komputer yang menyaksikan pertumbuhan positif.

Data berkenaan menunjukkan bahawa pendapatan perniagaan perisian komputer meningkat 12.6 peratus dengan mencatat RMB9,6408 trilion (RM5.7 trilion) dan jumlah keuntungan keseluruhan perniagaan meningkat 13 peratus, manakala pengeksportan perisian komputer menokok 6.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan nilainya mencecah USD40.44 bilion (RM170.7 bilion).

Video

Berita Berkaitan