- Lain-lain
Sidang Kemuncak Kesihatan Dunia 2025 Buka Tirai di Berlin
Sidang Kemuncak Kesihatan Dunia 2025 secara rasmi membuka tirai di Berlin, Jerman pada 12 Oktober.
Seramai 400 tetamu dari seluruh dunia menyampaikan ucapan pada sidang berkenaan yang turut menghimpunkan kira-kira 4,000 peserta dari pelbagai negara.
Sidang kemuncak kali ini mengangkat tema “Memikul Tanggungjawab Kesihatan dalam Dunia yang Menghadapi Perpecahan”.
Penganjur juga mengetengahkan enam topik pada sidang kemuncak tersebut iaitu "Mengurangkan Beban Penyakit Tidak Berjangkit", "Penerapan Kecerdasan Buatan dalam Sistem Kesihatan Global" dan "Mengubah Struktur Kesihatan Global".
Topik yang dibincangkan turut meliputi "Keamanan dan Kesihatan", "Krisis Iklim dan Risiko Kesihatan" serta "Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak".
Sidang kemuncak yang berlangsung selama tiga hari itu akan menyaksikan para peserta yang terdiri daripada tokoh politik, pemimpin perniagaan, ahli akademik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan akan terlibat dalam dialog dan pertukaran idea mengenai topik yang diketengahkan sekaligus mempromosikan isu berkaitan daripada teori kepada amalan.