Basmi Pemikiran Kolonialisme, Komponen Penting Sempurnakan Tadbir Urus Global

(CRI)Selasa 14 Oktober 2025

Usaha mendorong penyahjajahan dan membasmi pemikiran kolonalisme adalah komponen penting bagi menyempurnakan tadbir urus global.

Demikian dinyatakan Naib Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang dalam sesi perbahasan umum mengenai penyahjajahan di Jawatankuasa Bangsa-bangsa Bersatu bagi Politik Khas dan Penyahjajahan (GA4) pada Isnin.

Menurut beliau, wakil Venezuela telah menyerahkan draf resolusi kepada GA4 bertajuk "Hari Antarabangsa Menentang Kolonialisme dalam Semua Bentuk dan Manifestasi", dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat antarabangsa mengingati kesan buruk kolonialisme, mempercepat proses penyahjajahan serta membanteras kolonialisme dalam semua bentuk.

China berharap negara anggota menyokong draf terbabit, menjayakan penyahjajahan, menggalakkan demokrasi dan legalisasi hubungan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan