China yang Terbuka, Berkongsi Peluang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 Oktober 2025

Pada 2024, buah-buahan import dari negara-negara ASEAN melalui Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi mencapai rekod baharu iaitu menghampiri sebanyak 2.5 juta tan.

Sebagai perhentian pertama dan hab utama untuk buah-buahan ASEAN memasuki pasaran China, Guangxi berjaya merealisasikan visi ‘pengeluaran ASEAN, pengagihan Guangxi dan jualan China’. Satu pola perdagangan ‘beli dari ASEAN, jualan serata nagara; beli serata negara, jual kepada ASEAN’ dilihat terbentuk secara beransur-ansur.

Shenzhen, bandar metropolis antarabangsa moden yang terletak di Provinsi Guangdong, selatan China dan Shanwei, iaitu satu pangkalan revolusioner tua yang memerlukan pembangunan masing-masing berjarak 100 kilometer antara satu sama lain.

Dari Shenzhen ke Shanwei, satu ‘koridor emas’ untuk industri kenderaan tenaga baharu (NEV) telah terwujud. Hampir 30 syarikat huluan dan hiliran telah terhubung seperti jaringan dalam rantaian, sekali gus membentuk kluster industri NEV yang bernilai ratusan bilion RMB.

Menerusi Pelabuhan Logistik Antarabangsa Xiaomo, iaitu tempat yang memupuk penyepaduan industri-pelabuhan, eksport NEV China semakin mendapat momentum kuat dan mempercepat pengembangan masing-masing dalam pasaran global.

Dalam tempoh lapan jam setengah sahaja, belangkas dari Norway boleh tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Xinzheng Zhengzhou, Provinsi Henan, sambil masih diseliputi oleh air laut pada suhu negatif dua darjah Celsius.

Dengan adanya ‘Jalan Sutera Udara’ Zhengzhou-Luxembourg, makanan istimewa Eropah boleh tiba di China dalam tempoh sehari sahaja.

China kini giat membina sistem baharu untuk menghasilkan ekonomi terbuka pada taraf yang lebih tinggi, dengan keterbukaan menjadi ciri yang penentu buat pemodenan China.

Jumlah barangan yang berada dalam senarai negatif pelaburan asing terus menyusut. Semua sekatan dalam sektor pembuatan telah ditarik balik, dan program perintis untuk membuka sektor perkhidmatan seperti telekomunikasi nilai tambah dan bioteknologi sedang bergerak dengan teratur.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, China telah mengembangkan tahap keterbukaannya, dengan beberapa siri inisiatif utama dilancarkan untuk berkongsi peluang dan meneruskan pembangunan dengan seluruh dunia.

Meskipun berhadapan suasana ketidaktentuan dalam persekitaran global, China kekal sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi global dan peneraju penstabilan bagi ekonomi dunia.

Video

Berita Berkaitan