Pengeluaran Minyak dan Gas Asli di Medan Minyak Bohai Cecah 40 juta Tan

(CRI)Ahad 21 Disember 2025

Menurut maklumat didedahkan Syarikat Minyak Luar Pesisir Kebangsaan China (CNOOC), Medan Minyak Bohai sebagai yang terbesar di perairan China mengeluarkan minyak dan gas asli sebanyak 40 juta tan lebih pada tahun 2025, dan output tahunan yang paling tinggi dalam sejarah itu dilihat sebagai jaminan yang kukuh bagi keselamatan sumber tenaga negara dan pembangunan sosioekonomi yang berkualiti tinggi.

Medan Minyak Bohai yang dilengkapi lebih 60 buah ladang minyak dan gas serta lebih 200 unit kemudahan pengeluaran bukan sahaja mempunyai skala yang paling besar, tetapi juga output yang tertinggi di perairan China, dengan pengeluaran kumulatif minyak mentah melebihi 600 juta tan.

Pada tempoh lima tahun lalu, Medan Minyak Bohai mencatatkan peningkatan 5 peratus setiap tahun dalam bidang pengeluaran minyak dan gas asli, dan menyumbang hampir 40 peratus keseluruhan tambahan minyak mentah di seluruh negara.

Video

Berita Berkaitan