- Lain-lain
Juadah Pesta Tradisional Cina: Kuih Chongyang
Hai, semua! Saya Kuku, kaki makan! Hari ini kita meraikan Pesta Sembilan Berganda dengan makanan tradisional. Ikuti saya untuk menerokai Kuih Chongyang, satu pesta yang penuh dengan harapan baik dan penyatuan semua dalam satu minit!
Jatuh pada hari kesembilan di bulan kesembilan dalam kalendar lunar, Pesta Sembilan Berganda telah diraikan di China sejak zaman purba. Dalam ‘I Ching’, atau ‘Kita Perubahan’, angka sembilan dianggap sebagai nombor ‘yang’. Apabila kedua-dua hari dan bulan jatuh pada sembilan, dua ‘yang’ akan bertembung, seterusnya dipanggil sebagai ‘Sembilan Berganda’. Nenek moyang kita percaya bahawa tarikh ini adalah simbol kepada nasib baik dan tuah.
Menikmati Kuih Chongyang adalah salah satu tradisi paling penting untuk pesta tersebut. September adalah waktu bijirin menjadi matang, dan pada zaman dahulu, masyarakat membuat makanan bermusim daripada bijirin yang baru dituai. Tradisi membuat makanan daripada tuaian segar ini menjadi pendahulu kepada Kuih Chongyang hari ini. Kuih Chongyang Tradisional biasanya dibuat daripada campuran tepung pulut dan tepung beras biasa. Dalam bahasa Cina, perkataan ‘gao’ yang bermaksud kuih berbunyi sama dengan ‘gao’ yang bermaksud tinggi, membawa hasrat yang indah untuk pertumbuhan, kemajuan, promosi dan kemakmuran.
Pesta Sembilan Berganda juga bertembung dengan musim luruh yang keemas-emasan, iaitu apabila bunga kekwa berkembang mekar, sekali gus menjadikan wain bunga kekwa sebagai bahagian penting dalam perayaan tersebut. Menurut kitab purba seperti ‘Rekod Rencam Ibu Kota Barat’, orang ramai membru batang dan daun kekwa dengan milet, kemudiannya disimpan untuk diminum pada Sembilan Berganda tahun berikutnya. Ia dipercayai bahawa menikmati wain kekwa pada masa tersebut mampu memanjangkan hayat dan memberikan kesihatan yang baik.
Antara adat yang diamalkan sejak sekian lama adalah termasuk memanjat gunung, menikmati bunga kekwa dan menggunakan tanaman Zhuyu. Kesemua amalan tersebut masih berterusan sehingga ke hari ini.
Dalam era China moden, Pesta Sembilan Berganda juga dikenali sebagai Hari Warga Emas, iaitu hari untuk menghormati dan menghargai warga emas. Tahukan anda bahawa banyak negara di dunia turut mempunyai pesta khusus untuk menghargai warga emas?
Pada 1991, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Sedunia.
Pada hari yang istimewa ini, ayuh kita raikan warga emas dengan penuh hormat dan penghargaan. Moga semua warga emas menikmati kesihatan yang sejahtera, usia yang panjang dan kebahagiaan.
 
				 
			




