- Lain-lain
Sukan Asia Tenggara ke-33 Tutup Tirai
(CRI)Ahad 21 Disember 2025

Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-33 melabuh tirainya di Bangkok pada Sabtu.

Dalam temasya sukan yang diadakan di Thailand pada 9 hingga 20 Disember kali ini, Thailand selaku tuan rumah menunjukkan prestasi yang luar biasa dengan merangkul 233 pingat emas, iaitu menduduki tempat pertama dalam carta berkenaan, diikuti Indonesia yang menggondol 91 pingat emas dan Vietnam, 87.

Dalam majlis penutupan yang diadakan di Stadium Rajamangala di Bangkok, bendera Sukan SEA diserahkan secara rasmi kepada pihak Malaysia, yang akan muncul menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027.

Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




