BOC Sediakan Dana Khas RMB60 Bilion untuk Perusahaan Sains dan Teknologi

(CRI)Khamis 25 Disember 2025

Bank China (BOC) baru-baru ini mengumumkan peruntukan dana khas sebanyak RMB60 bilion (RM37.5 bilion) bagi memenuhi permintaan kewangan perusahaan sains dan teknologi.

Dana itu termasuk dana pelaburan ekuiti bernilai RMB10 bilion dan dana kredit bernilai RMB50 bilion.

Penyediaan dana kumpulan pertama akan dijalankan secara percubaan kepada sekurang-kurangnya 100 perusahaan berkualiti tinggi yang memilik teknologi teras utama di Beijing, Shanghai, Jiangsu, Shenzhen dan Hangzhou.

Untuk rekod, sejak tahun ini, beberapa bank di China seperti Bank Industri dan Komersial China (ICBC), Bank Pertanian China (ABC), dan Bank Pembinaan China (CCB) telah menyediakan rancangan perkhidmatan kewangan khas untuk meningkatkan sokongan kewangan kepada perusahaan berasaskan sains dan teknologi.

Video

Berita Berkaitan