Perbatuan Rel Laju China Jangkaui 50,000km

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 Disember 2025

Kereta api laju “Fuxing” di Stesen Yan’an, di laluan kereta api berkelajuan tinggi Xi’an-Yan’an yang baru dibuka di provinsi Shaanxi, barat laut China, 26 Disember 2025. (Xinhua/Zhang Bowen)

Kereta api laju “Fuxing” di Stesen Yan’an, di laluan kereta api berkelajuan tinggi Xi’an-Yan’an yang baru dibuka di provinsi Shaanxi, barat laut China, 26 Disember 2025. (Xinhua/Zhang Bowen)

Pengendali rangkaian rel berkelajuan tinggi terbesar dunia, China, meningkatkan lagi perbatuan operasinya hingga menjangkaui 50,000 kilometer dengan pelancaran laluan terbaru yang menghubungkan Xi’an dan Yan’an.

Laluan kereta api laju Xi’an-Yan’an ini direka untuk kelajuan sehingga 350 kilometer sejam dan mampu memendekkan masa perjalanan antara dua bandar di provinsi Shaanxi itu kepada kira-kira satu jam.

Sejarah kereta api laju China bermula pada tahun 2008 dengan pembukaan Kereta Api Antara Bandar Beijing-Tianjin. Semenjak itu, rangkaiannya telah menampakkan perkembangan luar biasa, dengan perbatuan operasi yang melebihi jumlah keseluruhan kesemua negara lain di dunia. China juga mengendalikan khidmat rel berkelajuan tinggi komersial yang terpantas di dunia.

Menurut data pengendali nasional, China State Railway Group Co., Ltd., sepanjang tempoh Pelan Lima Tahun ke-14 (2021-2025), China telah membina dan mengoperasikan 12,000 kilometer rel berkelajuan tinggi.

Hari ini, perkhidmatan kereta api laju dapat diakses di 97 peratus bandar China yang populasinya melebihi 500,000.

Kakitangan memeriksa tren pertama laluan kereta api berkelajuan tinggi Xi’an-Yan’an yang baru dibuka, di Stesen Yan’an, provinsi Shaanxi, barat laut China, 26 Disember 2025. (Xinhua/Zhang Bowen)

Kakitangan memeriksa tren pertama laluan kereta api berkelajuan tinggi Xi’an-Yan’an yang baru dibuka, di Stesen Yan’an, provinsi Shaanxi, barat laut China, 26 Disember 2025. (Xinhua/Zhang Bowen)

Video

Berita Berkaitan