- Lain-lain
China Harap Pilihan Raya Bantu Myanmar Capai Keamanan
(CRI)Selasa 30 Disember 2025

Pilihan raya Myanmar diharap dapat membantu negara itu mencapai keamanan di samping memulihkan kestabilan dan pembangunan seawal mungkin.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media di Beijing pada Isnin.
Kerajaan Myanmar melancarkan fasa pertama pengundian bagi pilihan raya umum pada 28 Disember.
Lin berkata pasukan pemerhati China serta wakil dari negara-negara berkenaan dan organisasi antarabangsa melakukan pemantauan di lokasi pengundian.
Proses pengundian secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan teratur.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




