China Berjaya Lancar Dua Satelit Baharu

(CRI)Rabu 31 Disember 2025

China berjaya melancarkan dua satelit baharu iaitu Shijian-29A dan Shijian-29B menggunakan roket pembawa Long March-7A dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang di provinsi Hainan pada pukul 6.40 pagi Rabu.

Kedua-dua satelit tersebut dilaporkan berjaya memasuki orbit, seperti yang telah ditetapkan.

Satelit Shijian-29A dan Shijian-29B berfungsi untuk menjalankan ujian penentusahan teknologi baharu berkaitan pengesanan sasaran angkasa.

Ini merupakan misi ke-623 bagi siri roket pembawa Long March.

Video

Berita Berkaitan