China Lancar Satelit Ujian Teknologi Komunikasi Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 24 Oktober 2025
China Lancar Satelit Ujian Teknologi Komunikasi Baharu
Sebuah roket Long March-5 yang membawa satelit ujian teknologi komunikasi baharu berlepas dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Provinsi Hainan, selatan China pada 23 Oktober 2025. (Xinhua/Du Xinxin)

Agensi berita Xinhua pada Khamis melaporkan China telah menghantar satu satelit ujian teknologi komunikasi yang baharu ke angkasa lepas dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Provinsi Hainan, selatan China.

Dilancarkan oleh roket pembawa Long March-5 tepat pukul 10.30 malam waktu Beijing, satelit itu telah berjaya memasuki orbit seperti yang dirancang.

Lapor Xinhua, ia secara amnya akan digunakan untuk melaksanakan ujian pengesahan teknologi komunikasi berkelajuan tinggi dan pelbagai jalur.

Dengan pelancaran tersebut, ia juga sekali gus menandakan misi ke-602 untuk siri roket pembawa Long March.

Video

Berita Berkaitan