Rakyat Jepun Berhimpun Kritik Kenyataan Takaichi Jejaskan Hubungan Jepun-China

(CRI)Jumaat 16 Januari 2026

Sekumpulan rakyat Jepun berhimpun di depan Jabatan Perdana Menteri Jepun pada Khamis, sebagai membantah kenyataan yang dibuat Sanae Takaichi.

Para penunjuk perasaan menyatakan bahawa kenyataan tidak tepat yang dikeluarkan Takaichi telah menjejaskan asas politik hubungan antara Jepun dengan China, selain mencetuskan kebimbangan terhadap hala tuju dasar luar dan keselamatan.

Mereka turut menuntut Takaichi menarik balik kenyataan berkenaan dan mengambil langkah memperbaiki hubungan dua hala.

Selain itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan pimpinan Takaichi yang sejak mengambil alih jawatan telah berusaha 'melonggarkan' isu pertahanan termasuk mempercepat peningkatan perbelanjaan pertahanan dan menggalakkan eksport senjata.

Video

Berita Berkaitan