- Lain-lain
Understand China | Inspirasi Pelan Lima Tahun kepada Selatan Global
Program terbitan People’s Daily Online, “Understand China” mentafsirkan perancangan, peluang, dan falsafah tadbir urus China, bagi menghapuskan salah faham sekali gus meningkatkan pemahaman dan penerimaan khalayak antarabangsa terhadap negara ini menerusi dialog-dialog mendalam antara sarjana tempatan dan asing.
Perumusan saintifik dan kesinambungan pelaksanaan pelan-pelan lima tahun China menjadi cerminan pendekatan penting dalam tadbir urus Parti Komunis China (PKC), juga jendela yang mustahak untuk masyarakat antarabangsa memahami pemodenan China.
Episod “Understand China” kali ini membawakan perbualan antara Liu Hongwu, pengarah Institut Pengajian Afrika dari Zhejiang Normal University (ZJNU), dan Yoro Diallo, penerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China 2024 yang juga penyelidik kanan Institut Pengajian Afrika ZJNU merangkap pengarah Muzium Afrika institut tersebut. Bersama-sama, mereka akan menyelidiki kelebihan-kelebihan dari segi institusi daripada pendekatan “mengikut peta jalan yang menyeluruh hingga ke hujung”, di samping meneroka kepastian dan kestabilan yang dibawakan pelan-pelan lima tahun China kepada dunia.
Diallo menegaskan bahawa untuk memahami China, kita perlu memahami sejarah negara dan PKC dengan mendalam.
“Apabila kita kenali China,” jelasnya, “kita akan memahami bagaimana pembangunan China dijayakan berdasarkan pelan-pelan lima tahun.”
Diallo percaya, China senantiasa mengutamakan kesejahteraan rakyatnya, dan pengalaman pembangunannya sesuatu yang cukup bernilai untuk dijadikan rujukan oleh negara-negara Selatan Global.
“Pelaksanaan pelan-pelan lima tahun China tanpa putus telah mencipta suatu keajaiban. Ia merupakan hasil kerja keras, perancangan, serta tadbir urus yang baik.
Liu pula menyatakan bahawa biar apa jua perubahan yang berlaku di luar, China tidak pernah lupa bahkan tidak pernah mengubah aspirasi dan rancangan asalnya. Inilah sebabnya terdapat kesinambungan usaha dari generasi ke generasi.
Memetik frasa Cina “Fan Shao Bing” yang dapat difahami sebagai perbuatan “sering melakukan perubahan” ibarat membalikkan penkek, Liu menekankan pentingnya tekad mengikut hala tuju suatu rancangan hingga ke akhir.
“Meskipun dasarnya sendiri bagus, kita mustahil berjaya jika selalu mengubah rancangan,” katanya.
Diallo menyangkal dakwaan sesetengah media asing yang menyifatkan pelan-pelan lima tahun China sebagai “campur tangan berlebihan oleh kerajaan dalam pasaran”. Sebaliknya, beliau melihat panduan keinstitusian melibatkan dasar-dasar politik dan sosioekonomi itu sebagai suatu kelebihan. Panduan ini menunjukkan jalan kepada rakyat, tanpa menghalang pergerakan mereka, malah membolehkan mereka bebas mengejar peluang pembangunan.
Pendirian Diallo disahut oleh Liu, yang turut menambah bahawa pelan-pelan lima tahun tersebut bertujuan menjadi panduan buat rakyat, dan bukannya campur tangan.
Saranan-saranan dalam Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) menekankan peluasan berterusan keterbukaan di peringkat institusi, dan dengan itu berkongsi peluang dan menggalakkan pembangunan bersama negara-negara sedunia. Diallo yakin Pelan Lima Tahun ke-15 akan mencoret satu babak baharu dalam usaha pemodenan China.
“Pelan lima tahun baharu ini juga akan menyumbang kepada pembinaan kerjasama Afrika-China, dan membantu Afrika merealisasikan ‘Agenda 2063’ yang juga dikenali sebagai Impian Afrika,” ujar Diallo. Beliau percaya bahawa Pelan Lima Tahun ke-15 ini akan menjayakan lagi usaha sama Afrika dan China.
- Persidangan 'Understanding China' 2025 Berlangsung di Guangzhou
- FYP ke-14: China Rekod Pelaburan Asing AS$700 bilion
- Xi Mahu Keterlibatan Aktif Rakyat dalam Penyusunan FYP ke-15
- China Lakar Pencapaian dalam Pembangunan Infrastruktur Tali Air
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berlangsung Hujung Oktober
- China Capai Tahap Tertinggi Pengeluaran dan Keselamatan Makanan Sepanjang FYP ke-14
- Apakah Rancangan Lima Tahun di China?
- Mengikut Haluan China Merintis Masa Depan
- FYP ke-15 China Jadi Tumpuan Dunia
- Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Jadi Tumpuan Dunia
- Xi Mahu Permulaan Baik untuk FYP ke-15
- Persidangan PKC Lulus Cadangan Mengenai Rancangan Lima Tahun ke-15
- Cadangan FYP ke-15, Dokumen Pedoman Penting Dalam Sejarah PKC
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Pendapat Wakil Bukan PKC Mengenai FYP ke-15
- Visi untuk FYP ke-15 China
- Ekonomi Sebenar Jadi Keutamaan Pelan Lima Tahun ke-15 China
- PM Li Seru Tugas Utama FYP ke-15 Dilaksana Menyeluruh
- Pembangunan Berkualiti Tinggi: Kunci Penaiktarafan dalam Pembangunan China
- China Perkukuh Jaringan Pengangkutan Semasa Tempoh FYP ke-14
- China Rangsang Sokongan Kewangan Inklusif Buat Firma Mikro, Kecil




