Penghantaran Tenaga Elektrik dari Xinjiang ke Kawasan Lain Lebihi 100 Bilion kWj Selama Enam Tahun Berturut-turut

(CRI)Selasa 20 Januari 2026

Jumlah penghantaran tenaga elektrik dari wilayah Xinjiang ke kawasan lain melebihi 100 bilion kilowatt-jam (kWj) selama enam tahun berturut-turut.

Data dari Syarikat Pusat Perdagangan Tenaga Elektrik Xinjiang Berhad baru-baru ini menunjukkan, jumlah penghantaran tenaga elektrik dari Xinjiang ke kawasan lain mencatat 141.299 bilion kWj pada tahun 2025, meningkat 11.5 peratus tahun ke tahun.

Untuk rekod, jumlah kumulatif penghantaran tenaga elektrik dari Xinjiang ke kawasan lain telah melebihi 1 trilion kWj, melibatkan 22 wilayah di seluruh negara, sejak projek berkenaan dimulakan pada 2010.

Video

Berita Berkaitan