- Lain-lain
Pelaburan Langsung China di Luar Negara Naik 7.1 Peratus Tahun 2025
Terdapat lebih 50,000 syarikat China yang beroperasi di 190 buah negara dan kawasan setakat penghujung tahun 2025, sedangkan China kekal menduduki salah satu dari tiga tangga teratas dalam ranking global keseluruhan pelaburan di luar negara selama 9 tahun berturut-turut.
Pelaburan langsung asing di luar negara (Outward Foreign Direct Investment--OFDI) China bagi tahun 2025 meningkat sebanyak 7.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat USD174.38 bilion (RM700.57 bilion)), yang menduduki tempat terdepan di dunia.
Menurut maklumat jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian dalam sidang media pada Khamis, peningkatan pelaburan syarikat-syarikat China di luar negara kekal stabil dan teratur dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama yang berkualiti. Bukan sahaja menawarkan lebih 2 juta peluang pekerjaan secara purata dalam tempoh setiap tahun untuk masyarakat tempatan, kelompok pelabur China juga menyediakan peruntukkan kewangan kepada negara penerima pelaburan untuk membina kemudahan awam dalam bilangan besar yang melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan perlindungan alam sekitar.
He menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan ke-15 (2026-2030), dan pihaknya akan menyokong sektor korporat domestik mengembangkan urus niaga di arena antarabangsa, memperdalam kerjasama dalam pelbagai ekonomi baharu termasuk ekonomi digital dan pembangunan hijau, sekakli gus memberikan sumbangan yang lebih besar kepada landskap ekonomi dunia yang memerlukan pertumbuhan stabil.
- China Kemas Kini Katalog Industri Galak Pelaburan Asing
- Seperti 'Pelari Maraton' Terus Memacu Urus Niaga di China
- Xi Utus Tahniah Sempena Perasmian CIFIT ke-25
- FYP ke-14: China Rekod Pelaburan Asing AS$700 bilion
- China akan Tambah Baik Iklim Perniagaan, Alu-alukan Kemasukan Pelabur Asing - PM Li Qiang
- China Janji Tawarkan Lebih Banyak Insentif Dasar untuk Syarikat Asing
- China Terus Catat Kenaikan Aliran Masuk Pelaburan Asing
- China Tetap Pilihan Utama Pelabur Asing
- 13 Syarikat Asing Terpilih Kendali Perkhidmatan Telekomunikasi Nilai Tambah di China
- China Terus Perkasa Paltform Terbuka, Stabilkan Pelaburan Asing




