Seperti 'Pelari Maraton' Terus Memacu Urus Niaga di China

(CRI)Rabu 10 September 2025

Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT) edisi ke-25 membuka tirai di bandar Xiamen, provinsi Fujian pada Isnin. Timbalan Presiden Unilever, Zeng Xiwen ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa pihaknya akan hadir seperti 'pelari maraton' terus memacu urus niaga di China yang gah dengan pasaran mega, keupayaan inovatif kuat dan penguatkuasaan dasar yang konsisten.

Zeng berkata, "kami hadir seperti 'pelari jarak jauh' yang menyasarkan jangka panjang, jadi yang paling penting adalah kepastian. Kini, China sentiasa menekankan komitmen terhadap keterbukaan kepada dunia luar, yang sudah termaktub sebagai satu dasar asas negara. Ini sebenarnya juga dilihat sebagai satu kepastian di mata kami."

Tambah beliau, seiring dengan perkembangan China dalam bidang inovasi termasuk bidang kecerdasan buatan (AI), pihaknya memilih menjalankan kerjasama dengan syarikat inovatif dan agensi sains dan penyelidikan China, dan bukan hanya melakukan gerak kerja dengan sendiri.

Menurut Zeng, pada pertengahan Ogos yang lalu, pihaknya baru sahaja merasmikan pengoperasian satu kilang yang melibatkan sepanjang proses penghasilan suatu produk makanan, yang merupakan sebahagian dalam pembinaan fasa kedua di hab pengeluaran Guangdong, dan juga yang ketiga milik Unilever di China. Ini bertepatan dengan matlamat mereka mahu terus menembusi pasaran China dan memanfaatkan peluang di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan