PM Jepun Bubar Dewan Perwakilan

(CRI)Jumaat 23 Januari 2026

Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi memutuskan untuk membubarkan Dewan Perwakilan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Penganalisis berpendapat, tindakan Takaichi itu adalah untuk memperkukuh pentadbirannya berdasarkan sokongan tinggi yang diterima beliau pada masa ini.

Profesor Emeritus Universiti Yamaguchi Jepun, Koukestu Astusi berkata sekiranya Takaichi tidak mengadakan pilihan raya baharu, beliau berkemungkinan akan kehilangan sokongan ketika berdepan sesi soal jawab berhubung isu ekonomi, dasar luar, skandal derma politik dan lain-lain di parlimen.

Video

Berita Berkaitan