Jepun Perlu Refleksi Jenayah Kejam Yang Pernah Dilakukan

(CRI)Jumaat 19 Disember 2025

Jepun sebagai negara yang kalah dalam Perang Dunia ke-2 perlu melakukan refleksi mendalam terhadap jenayah sejarahnya, mematuhi komitmen politik berhubung Taiwan, menghentikan provokasi dan menarik balik kenyataan salah.

Kenyataan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB sempena sambutan memperingati Hari Antarabangsa Menentang Kolonialisme dalam Semua Bentuk dan Manifestasinya pada Khamis.

"Jepun pernah melakukan pencerobohan dan menjalankan pemerintahan kolonial yang mengerikan terhadap China, Semenanjung Korea, dan Asia Tenggara dalam sejarah.

"Penceoroh Jepun pernah melakukan banyak jenayah dan kegiatan kekejaman di Taiwan, termasuk membunuh lebih 650,000 warga Taiwan, memaksa kira-kira 200,000 orang muda untuk berkhidmat dalam tenteranya, memaksa lebih 2,000 wanita Taiwan menjadi hamba seks, merampas 70 peratus tanah Taiwan, dan mengeksploitasi sumber semula jadi, seperti lombong arang batu dan emas secara besar-besaran, sekaligus menjadi lembaran paling gelap dalam sejarah Taiwan.

"Kita mesti mempertahankan dengan tegas hasil kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, tidak mengizinkan sama sekali pemulihan semula kuasa militarisme bagi mengelakkan tragedi dalam sejarah daripada berulang," kata Fu.

Video

Berita Berkaitan