AS Masih Belum Langsaikan Yuran Keahlian WHO

(CRI)Jumaat 23 Januari 2026

Amerika Syarikat (AS) masih berhutang sebanyak AS$278 juta yuran keahlian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi tempoh 2024 hingga 2025, selepas genap setahun negara itu menarik diri daripada organisasi berkenaan.

Menurut seorang jurucakap WHO, pihaknya akan membincangkan isu penarikan diri AS dari WHO pada mesyuarat Lembaga Eksekutif yang dijadual berlangsung pada awal Februari.

Bagaimanapun AS perlu menyelesaikan yuran tertunggak berkenaan terlebih dahulu, sekiranya mahu keluar secara rasmi daripada WHO.

Video

Berita Berkaitan