Perancis Tegas Sokong Kedaulatan Negara dan Keutuhan Wilayah Denmark, Greenland - Macron

(CRI)Rabu 24 Disember 2025

Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa berkata negara itu dengan tegas menyokong kedaulatan negara dan keutuhan wilayah Denmark dan Greenland.

"Greenland dimilik rakyatnya, manakala Denmark ialah penjaminnya.

"Saya dan negara-negara Eropah menyatakan solidariti penuh kami,” kata Macron melalui hantaran di media sosial X.

Pada 21 Disember, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pelantikan Gabenor Louisiana Jeff Landry sebagai utusan khas AS ke Greenland, dan menekankan kepentingan Greenland bagi keselamatan negara AS. Manakala, Landry berikrar akan menjadikan Greenland "sebahagian daripada AS”.

Video

Berita Berkaitan