Trump Lancar 'Lembaga Keamanan'

(CRI)Jumaat 23 Januari 2026

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump secara rasmi melancarkan 'Lembaga Keamanan' selepas menandatangani dokumen asas organisasi itu bersama wakil dari lebih 10 negara dan wilayah di Davos, Switzerland pada Khamis.

Bagaimanapun tiada wakil dari Palestin mahupun Israel yang menyertai pemeteraian berkenaan.

Pada majlis tersebut, Trump berkata 'Lembaga Keamanan' akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu diplomatik utama di seluruh dunia.

Dilaporkan, Trump akan bertindak selaku 'pengerusi' lembaga tersebut.

Sementara itu, pengkritik melihat tindakan AS seumpama akan melemahkan kewibawaan PBB.

Sebahagian negara yang dijemput menolak untuk menyertai organisasi itu atau bersikap berhati-hati.

Video

Berita Berkaitan