Bayaran untuk Kos "Perlindungan"

(CRI)Rabu 31 Disember 2025

Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan satu pakej penjualan senjata bernilai USD11.1 bilion (RM45.1 bilion) kepada Taiwan baru-baru ini, melibatkan nilai transaksi tertinggi dalam sejarah.

Tindakan Washington yang beralasan "keamanan" seumpama itu, sebenarnya bertujuan mengaut keuntungan besar yang dibawa dari penjualan senjata.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik di Taiwan menganggap mereka telah mendapat "perlindungan", walaupun dengan harga mengorbankan kepentingan ekonomi dan kehidupan rakyat. Sebenarnya perdagangan senjata terbabit bukan sahaja membawa bebanan berat kepada golongan pembayar cukai di kawasan Taiwan, tetapi juga meruncingkan situasi setempat yang sudah tegang ke arah yang lebih berbahaya.

Video

Berita Berkaitan