China Undang Wartawan Buat Liputan Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2026

(CRI)Selasa 27 Januari 2026

Wartawan dalam dan luar negara dialu-alukan membuat liputan Sidang Keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14dan Sidang Keempat Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC)yang dijadual dirasmikan di Beijing masing-masing pada 5 Mac dan 4 Mac 2026.

Pejabat Am NPC dan CPPCC pada Selasa memaklumkan bahawa tarikh tutup pendaftaran permohonan liputan adalah pada 3 Februari depan.

Pusat media juga akan dibuka secara rasmi pada 27 Februari bagi membantu mengatur liputan wartawan yang terlibat.

Untuk mendapat sebarang maklumat bagi sidang tahunan NPC dan CPPCC, boleh layari laman sesawang berikut: https://www.npc.gov.cn danhttps://www.cppcc.gov.cn

Video

Berita Berkaitan