Zhao Leji dan Anggota CPPCC Bincang Urusan Negara

(CRI)Khamis 13 Mac 2025
Zhao Leji dan Anggota CPPCC Bincang Urusan Negara

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Zhao Leji menyertai sesi perbincangan anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Parti Zhi Gong, Persekutuan Perantau China dan sektor hubungan persahabatan luar, baru-baru ini.

Setelah mendengar ucapan pada anggota, Zhao berkata praktis membuktikan bahawa kepimpinan berpusat dan bersatu di bawah Jawatankuasa Pusat PKC merupakan jaminan asas bagi menjayakan pelbagai kerja.

"Kita perlu mempelajari dengan mendalam fikiran Xi Jinping tentang Sosialisme bercirikan China pada era baharu, mengangkat kepimpinan PKC, tak berganjak dalam mempertahankan pembangunan politik Sosialis bercirikan China.

"Kita juga perlu menggunakan kelebihan dari pelbagai kalangan masyarakat, membulatkan hati golongan perantau supaya menyumbang kepada pemerkasaan pembaharuan dan pembangunan bermutu tinggi," kata Zhao.

Video

Berita Berkaitan