Sidang Ketiga NPC ke-14 Menutup Tirai

(CRI)Selasa 11 Mac 2025
Sidang Ketiga NPC ke-14 Menutup Tirai

Sidang Ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 China menutup tirainya di Beijing petang tadi.

Majlis penutupan dihadiri Presiden yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping serta barisan kepimpinan tertinggi negara.

Mesyuarat tersebut telah meluluskan resolusi Sidang Ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 China mengenai laporan kerja kerajaan, keputusan mengenai pindaan Undang-undang Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dan peringkat tempatan, resolusi mengenai pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial negara bagi tahun 2024 dan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial negara bagi tahun 2025.

Selain itu, resolusi mengenai pelaksanaan belanjawan pusat dan tempatan bagi tahun 2024 serta belanjawan pusat dan tempatan bagi tahun 2025, laporan kerja jawatankuasa tetap NPC, laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi turut diluluskan pada sidang tersebut,

Sidang Ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 China ditutup dengan jayanya hari ini.

Video

Berita Berkaitan