Rangkaian Pasar Raya, Kedai, Peroleh Keuntungan Stabil Pada 2025

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 27 Januari 2026

Seorang penduduk membeli-belah di sebuah pasar raya di komuniti Wenhua, Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China, 25 November 2025. (Xinhua/Wu Zhizun)

Seorang penduduk membeli-belah di sebuah pasar raya di komuniti Wenhua, Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China, 25 November 2025. (Xinhua/Wu Zhizun)

Rangkaian pasar raya dan kedai mudah beli di China melaporkan peningkatan operasi secara stabil pada 2025, menurut satu tinjauan industri.

Tinjauan terbaru oleh Persatuan Kedai Rangkaian dan Francais China mendapati bahawa 50 peratus daripada syarikat yang ditinjau melaporkan pertumbuhan tahun ke tahun dalam jumlah jualan pada 2025 – naik 38 peratus berbanding 2024 ­– manakala 46 peratus merekodkan peningkatan dari segi untung bersih.

Dapatan tinjauan juga menunjukkan antara kedai jenis yang sama, pasar raya standard dan pasar raya komuniti merekodkan prestasi lebih cemerlang daripada pasar raya format besar.

Lebih separuh daripada kesemua cawangan pasar raya menyaksikan pertambahan berterusan dalam aliran pelanggan dan transaksi atas talian, sementara 72 peratus daripada syarikat yang ditinjau melaporkan jualan atas talian yang lebih tinggi berbanding tahun sebelum.

Banyak syarikat menyatakan bahawa mereka telah mengubah elok dan mengubah suai kedai untuk menambah baik pengalaman pengguna serta daya saing produk.

Lebih daripada 90 peratus syarikat yang mengambil langkah sedemikian mencapai pertumbuhan prestasi, dengan produk bakeri memainkan peranan penting dalam menarik pembeli ke kedai, memenuhi permintaan penggunaan dengan serta-merta, dan mengukuhkan imej kedai.

Lebih daripada separuh pengusaha pasar raya rangkaian menyasarkan perkembangan lanjut pada 2026 menerusi langkah seperti menaiktarafkan kemudahan, meningkatkan kehadiran di peringkat rantau, serta melakukan peluasan rentas rantau.

Pada keseluruhannya, sektor ini sedang beralih daripada pendekatan berasaskan skala pertumbuhan kepada fokus terhadap kualiti dan kecekapan, dengan asas pertumbuhan yang semakin mantap, melihat kepada hasil tinjauan sama.

Dalam pada itu, satu tinjauan lagi oleh persatuan tersebut terhadap kedai mudah beli menunjukkan bahawa lebih daripada 60 peratus pengusaha merekodkan peningkatan jualan pada 2025, dengan pertumbuhan tahun ke tahun dicapai terutamanya daripada peningkatan jualan kedai setanding, diikuti jualan tambahan hasil peluasan perniagaan.

Tinjauan itu mendapati jumlah keseluruhan kedai mudah beli terus meningkat pada 2025, namun pada kadar yang sederhana.

Pada 2026, hampir 70 peratus responden mengatakan mereka akan mengoptimumkan kategori produk, memperhalus operasi dan membangunkan produk jenama sendiri, memandangkan daya saing produk yang lebih tinggi kini menjadi fokus bersama seluruh industri.

Video

Berita Berkaitan