China, Pasaran Strategik Utama bagi Saudi Aramco

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

Saudi Aramco menyifatkan China sebagai pasaran strategik penting, dan akan menggiatkan pelaburan di negara ini.

Demikian dinyatakan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco, Amin Nasser pada sidang media laporan kewangan separuh pertama tahun 2025 Saudi Aramco pada Selasa.

Beliau berkata, China mempunyai banyak projek bersepadu dalam penapisan dan industri petrokimia dan Aramco kini giat menyertai pelaburan serta pembinaan projek-projek besar ini, dan merancang untuk terus meningkatkan pelaburan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

"China mempunyai kedudukan yang penting dalam pasaran industri kimia global, dan juga merupakan pasaran penting bagi Saudi Aramco dalam bekalan minyak mentah dan industri kimia cecair," katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan