- Lain-lain
China Rekod 697 Juta Perjalanan Keluar Masuk Pintu Sempadan pada 2025
China merekodkan sejumlah 697 juta perjalanan keluar masuk melalui pintu sempadan negara pada tahun 2025, meningkat 14.2 peratus berbanding tahun 2024, menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) pada Rabu.

Angka tersebut sekaligus merupakan yang tertinggi dalam sejarah.
Antaranya, sebanyak 335 juta perjalanan dilakukan penduduk Tanah Besar iaitu meningkat 15.1 peratus, manakala 279 juta perjalanan dilakukan oleh penduduk Hong Kong, Macau dan Taiwan, menokok 10.1 peratus.
Dalam pada itu, perjalanan dalam kalangan warganegara asing merekodkan sebanyak 82 juta iaitu meningkat 26.4 peratus berbanding tahun 2024.
Daripada jumlah itu, 30.08 juta warganegara asing memasuki China tanpa visa, merangkumi 73.1 peratus daripada keseluruhan ketibaan warga asing, dengan pertumbuhan tahun ke tahun mencecah 49.5 peratus.
- Jumlah Bayaran Balik Cukai di Pintu Keluar Masuk Guangzhou Catat Rekod Baharu
- Cuti Hari Kebangsaan: China Catat Ledakan Pengembara Keluar Masuk Sempadan
- Pesta Perahu Naga: China Lapor Peningkatan 10.8 Peratus Dalam Perjalanan Antara Wilayah
- Pintu Masuk Beijing Rekod Aliran Pengembara Melebihi 5 Juta
- China Catat 2.3 Bilion Perjalanan Rentas Wilayah Semasa TBC 2025
- 286 Juta Rakyat Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah Semasa Hari Kedua TBC 2025
- China Catat 1.8 Juta Perjalanan Keluar Masuk Pada 1 Januari 2025
- Jumlah Pelancong Rentas Sempadan di Pintu Dongxi Lebihi 2 Juta
- China Kemaskini Dasar Visa Permudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
- Ujian Saringan Tidak Lagi Wajib Sebelum Masuk China




