- Lain-lain
Pesta Perahu Naga: China Lapor Peningkatan 10.8 Peratus Dalam Perjalanan Antara Wilayah
![]() |
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron pada 31 Mei 2025 ini memperlihatkan warga tempatan sedang bersaing dalam pertandingan perahu naga di Kaunti Qidong, Bandar Hengyang di Provinsi Hunan, tengah China. Pesta Perahu Negara yang turut dikenali sebagai Pesta Duanwu adalah salah satu cuti tradional Cina bagi mengingati penyair, Qu Yuan dari Zaman Negeri-negeri Berperang (475-221 sebelum Masihi). Diraikan pada hari kelima dalam bulan kelima kalendar tradisional Cina, pesta itu jatuh pada 31 Mei untuk tahun ini. (Xinhua/Cao Zhengping) |
Kementerian Pengangkutan China pada Ahad memaklumkan bahawa terdapat peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 10.8 peratus dalam perjalanan antara wilayah semasa Pesta Perahu Naga, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut kementerian itu, lebih daripada 230.97 juta perjalanan antara wilayah telah dilakukan pada Sabtu, iaitu hari pertama cuti sempena Pesta Perahu Naga.
Lalu lintas jalan raya meliputi bahagian terbesar dalam kesemua perjalanan tersebut, dengan sekitar 209.99 juta perjalanan dilakukan menerusi jalan raya, iaitu kenaikan 11.3 peratus berbanding tahun terdahulu.
Lapor Xinhua, perjalanan penumpang kereta api pula direkodkan hampir 18.12 juta, iaitu peningkatan 5 peratus dari tahun ke tahun, manakala volum penumpang menerusi jalan air pula dicatatkan sebanyak 959,000, iaitu lonjakan sebanyak 21.3 perauts dari tahun ke tahun.
Sementara itu, trip perjalanan secara udara pula direkodkan sebanyak 1.911 juta, iaitu kekal rata sekiranya dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.
Pesta Perahu Negara atau turut dikenali sebagai Pesta Duanwu yang diraikan pada hari kelima dalam bulan kelima kalendar tradisional Cina tersebut jatuh pada 31 Mei tahun ini dan berlanjutan sehingga 2 Jun.
![]() |
Kanak-kanak cuba membuat zongzi, makanan tradisional Cina sempena Pesta Perahu Naga, menggunakan tangan masing-masing di sebuah pangkalan pendidikan alam semula jadi di Perbandaran Xiaochang, Bandar Zunhua, Provinsi Hebei di utara China pada 30 Mei 2025. Pesta Perahu Negara yang turut dikenali sebagai Pesta Duanwu adalah salah satu cuti tradisional Cina bagi mengingati penyair, Qu Yuan dari Zaman Negeri-negeri Berperang (475-221 sebelum Masihi). Diraikan pada hari kelima dalam bulan kelima kalendar tradisional Cina, pesta itu jatuh pada 31 Mei untuk tahun ini. (Xinhua/Liu Mancang) |
![]() |
Pelajar antarabangsa mempelajari kaedah membuat zongzi, makanan tradisional Cina sempena Pesta Perahu Naga, di Universoto Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Provinsi Sichuan pada 30 Mei 2025. Pesta Perahu Negara yang turut dikenali sebagai Pesta Duanwu adalah salah satu cuti tradional Cina bagi mengingati penyair, Qu Yuan dari Zaman Negeri-negeri Berperang (475-221 sebelum Masihi). Diraikan pada hari kelima dalam bulan kelima kalendar tradisional Cina, pesta itu jatuh pada 31 Mei untuk tahun ini. (Xinhua/Li Xiangyu) |
- Juadah Pesta Tradisional Cina: Zongzi
- Penyulam Hasilkan Uncang Bauan Berbentuk Zongzi Sempena Pesta Perahu Naga
- Cuti Perahu Naga: China Jangka Lonjakan 12 Peratus Perjalanan Rentas Sempadan
- Pesta Qixi Bawa Pelajar, Guru dari AS Dekati Budaya China
- Pelancong Domestik Catat 110 Juta Sempena Pesta Duanwu
- Makanan Tradisional Pesta Perahu Naga China Jadi Hidangan di Asia Tenggara
- Lumba Perahu Naga Dipilih Jadi Acara Persembahan Olimpik Paris
- Pelancongan Dijangka Rancak pada Pesta Perahu Naga
- Pertandingan Perahu Naga di Hunan Catat Rekod Dunia
- Percutian Pesta Perahu Naga Catat 106 Juta Pelancong