- Lain-lain
Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain

Perdana Menteri China, Li Qiang bersama rakan sejawatnya dari Britain, Keir Starmer menghadiri majlis penutup Mesyuarat Jawatankuasa Usahawan China-Britain di Beijing pada Khamis.
Menurut Li, syarikat dari kedua-dua negara mempunyai potensi besar untuk mengadakan bekerjasama dalam empat aspek utama.
Beliau berkata ini meliputi usaha meningkatkan "pertumbuhan baharu" dalam perdagangan dua hala, terutamanya membangunkan perdagangan perkhidmatan sebagai titik pertumbuhan kerjasama baharu.
Aspek kerjasama itu termasuk mengambil peluang dalam bidang kecerdasan buatan (AI), sumber tenaga bersih, bioperubatan dan pembuatan berteknologi canggih, ujarnya.
Li berkata usaha berkenaan turut tertumpu kepada penerokaan "lautan biru baharu" menerusi kerjasama tiga pihak melalui usahasama global khususnya pasaran negara-negara Selatan.
Selain itu, aspek terbabit turut merangkumi usaha mewujudkan lebih banyak projek berjenama yang digemari rakyat kedua-dua negara bagi menggalakkan interaksi dan pertukaran tenaga insan yang lebih aktif.
Turut hadir termasuk lebih 110 orang wakil dari syarikat dan institusi kedua-dua negara.
- China Kemas Kini Katalog Industri Galak Pelaburan Asing
- Kelulusan Pelaburan Asing di China bagi November Naik 26.1%
- Seperti 'Pelari Maraton' Terus Memacu Urus Niaga di China
- Xi Utus Tahniah Sempena Perasmian CIFIT ke-25
- CIFIT ke-25 Buka Tirai Hari ini
- China Bakal Anjur Pameran Antarabangsa, Pacu Pelaburan Global
- China akan Tambah Baik Iklim Perniagaan, Alu-alukan Kemasukan Pelabur Asing - PM Li Qiang
- China, Britain Ikrar Perkasa Kerjasama Ekonomi
- China Janji Tawarkan Lebih Banyak Insentif Dasar untuk Syarikat Asing
- Pelabur Asing Turut Peroleh Manfaat dari Program Tukar Beli di China




