- Lain-lain
Industri Pembinaan Kapal China Masih Terdepan di Dunia
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 03 Februari 2026
![]() |
| Foto dron bertarikh 3 Januari 2026 ini menunjukkan sebuah tapak pembinaan kapal milik Duchang Shipyard Co., Ltd. di Jiujiang, provinsi Jiangxi, timur China. (Fu Jianbin/Xinhua) |
Industri pembinaan kapal China terus memegang syer pasaran terbesar dunia dalam tiga penunjuk utama untuk 16 tahun berturut-turut, berdasarkan data Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Ahad.
Pada 2025, output industri pembinaan kapal China mencecah 53.69 juta tan berat mati (DWT), naik 11.4 peratus tahun ke tahun dan mewakili 56.1 peratus jumlah global.
Tempahan baharu mencecah 107.82 juta DWT tahun lalu, iaitu 69 peratus syer pasaran global.
Setakat hujung Disember, jumlah tempahan dalam pegangan sektor berkenaan dilaporkan sebanyak 274.42 juta DWT, bertambah 31.5 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Jumlah ini merupakan 66.8 peratus syer pasaran global.
![]() |
| Foto dron ini menunjukkan kapal-kapal besar yang sedang dibina di sebuah pangkalan pembinaan kapal di Taizhou, provinsi Jiangsu, timur China, 2 Februari 2026. (Zhou Shegen/Xinhua) |
![]() |
| Pekerja mengecat sebuah kapal di sebuah tapak pembinaan kapal milik Duchang Shipyard Co., Ltd. di Jiujiang, provinsi Jiangxi, timur China, 3 Januari 2026. (Fu Jianbin/Xinhua) |
![]() |
| Foto dron bertarikh 2 Januari 2026 ini menunjukkan kapal Greek yang dibaiki oleh syarikat kelolaan COSCO belayar di Nantong, provinsi Jiangsu, timur China. (Xu Congjun/Xinhua) |
![]() |
| Foto dron bertarikh 27 Disember 2025 ini menunjukkan sebuah kapal kontena ultra besar yang dibangunkan sendiri dan dibina oleh Yangzijiang Shipbuilding Group, ditarik oleh kapal tunda di Sungai Yangtze di Taizhou, provinsi Jiangsu, timur China. (Gu Jihong/Xinhua) |
![]() |
| Seorang pekerja membuat pengimpalan di kilang Taizhou Kouan Shipbuilding Co., Ltd. di Taizhou, provinsi Jiangsu, timur China, 5 Januari 2026. (Yang Yugang/Xinhua) |
![]() |
| Foto dron ini menunjukkan kapal-kapal yang sedang dibina di sebuah pangkalan pembinaan kapal di Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China, 2 Februari 2026. (Wang Chun/Xinhua) |
![]() |
| Foto dron bertarikh 13 Januari 2026 ini menunjukkan sebuah kapal yang sedang dibina di sebuah kilang Cosco Shipping Heavy Industry (Yangzhou) Co., Ltd. di Yangzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (Meng Delong/Xinhua) |
- Artisan Teruskan Legasi Kraf Bina Kapal Kayu
- China Duduki Tangga Pertama Ranking Perkapalan Global Selama 15 Tahun
- Kapal "Ro-Ro" Terbesar di Dunia Diserahkan di Nantong
- Xi Ucap Tahniah Atas Permulaan Tempoh Perkhidmatan Kapal 'Mengxiang'
- Pembuat Kapal China Dalam Transisi Menuju Ke Arah Tenaga Bersih
- Lebih 70% Tempahan Kapal Hijau Dunia Jadi Pegangan China
- Tiga Indeks Pembuatan Kapal China Meningkat pada 2023
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang












