- Lain-lain
Kerja Luar Bandar China Tumpu Empat Tugas Utama pada 2026

China akan memberi tumpuan kepada empat tugas utama bagi memantapkan kerja berkaitan pertanian, luar bandar dan kaum tani pada 2026 seperti yang digariskan dalam dokumen pusat No.1.
Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara pada Rabu.
Antara empat tugas utama itu ialah meningkatkan keupayaan pengeluaran pertanian secara komprehensif serta kualiti dan keefisienannya, melaksanakan program bantuan secara berkala dan bersasar, menjana pendapatan kaum tani serta membangunkan luar bandar sebagai tempat yang indah dan harmoni untuk orang ramai tinggal dan bekerja.
Untuk rekod, output bijirin China melepasi paras 700 juta tan selama dua tahun berturut-turut manakala pengeluaran kacang soya melebihi 20 juta tan dalam tempoh empat tahun berturut-turut.
Selain itu, pengeluaran daging buat julung kalinya melepasi 100 juta tan pada 2025.
Pendapatan kaum tani China juga mencatat pertumbuhan berterusan dengan pendapatan boleh guna per kapita mencapai 24,456 yuan (RM13,845) pada 2025, naik enam peratus dari tahun ke tahun.
- Industri Bawang Liar Sumbang Manfaat Ekonomi, Ekologi di Gansu
- Industri Pukat di Kampung Hedonglijiacun Mekar, Dieksport ke Luar Negara
- Tawarkan Pengalaman Tulen, Pelancongan di Desa China Berkembang Maju
- Sains Hidupkan Semula Hutan Walnut Purba, Lonjak Pendapatan Penduduk Xizang
- Dasar Mengenai Sungai Yangtze Bantu Bekas Nelayan Terokai Perniagaan Baharu di Anhui
- E-dagang Buka Pasaran Lebih Luas Buat Produk Istimewa Xizang
- Dekati Pembangunan Berintegrasi Bandar-Desa China Melalui Infrastruktur Jalan Luar Bandar
- Cendawan Fuciformis Jadi Emas
- Surat Xi Bakar Semangat Penduduk di Fujian, Realisasikan Pemulihan Luar Bandar
- Kisah Kejayaan Hebat Di Tengah Mawar Gurun




