Kisah Kejayaan Hebat Di Tengah Mawar Gurun

Seorang peladang memetik mawar di daerah Yutian, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. (foto: Wang Zhuangfei/Chinadaily

Seorang peladang memetik mawar di daerah Yutian, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. (foto: Wang Zhuangfei/China Daily)

Ladang Xinjiang cipta peluang kerja, bawa kekayaan

Mawar kini mekar subur di persekitaran yang tandus di barat laut China hasil teknologi pengairan titisan.

Di kaunti Yutian, sebuah kawasan oasis di wilayah autonomi Uygur Xinjiang, bunga mawar berkembang mekar menutupi padang pasir yang luas terbentang di bawah panahan terik matahari di pinggir gurun terbesar negara itu, Taklimakan.

Mawar telah ditanam di lingkungan besar Hotan yang termasuk Yutian, selama berabad-abad untuk digunakan dalam teh dan perubatan.

Deretan pokok poplar yang menjulang tinggi ditanam di sepanjang pinggir ladang seluas 670 hektar memisahkan dua dunia di Yutian. Di satu sisi pokok adalah landskap bukit pasir yang sentiasa berubah-ubah, manakala di sisi lain, willow merah jambu dan tumbuh-tumpuhan yang tahan kemarau diselang-seli dengan rimbunan mawar.

Dua belas telaga membekalkan air, dan tiub hitam nipis sepanjang 2,000 kilometer diletakkan seperti ular dicelahan pohon-pohon mawar. Titisan yang mengandungi campuran air dan baja meresap dari tiub ke dalam akar tumbuhan.

Usaha niaga mawar ini dikendalikan oleh Queme, anak syarikat perniagaan milik kerajaan yang berpangkalan di Urumqi, ibu kota wilayah.

"Poplar, yang kini bertindak sebagai penahan angin, hanya anak pokok apabila kami mula bekerja di daerah itu," kata Liu Zhiyong, timbalan pengurus besar Queme.

Ditanya mengapa padang pasir dipilih untuk menanam bunga mawar, Liu memberitahu bahawa syarikatnya mahu mengelak daripada terlibat dalam persaingan berebut tanah dengan petani tempatan. Jumlah per kapita tanah pertanian di Hotan adalah kurang daripada 0.06 hektar, menjadikan kawasan itu salah satu tempat di China dengan jumlah tanah paling sedikit untuk menanam bijirin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan