Industri Bawang Liar Sumbang Manfaat Ekonomi, Ekologi di Gansu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 17 September 2025

Bawang liar Mongolia atau nama saintifiknya allium mongolicum, merupakan salah satu varieti bawang liar Asia yang terkenal dengan daya tahannya terhadap sejuk dan kemarau, nilai makan, serta fungsi pengukuhan pasir.

Kesemua elemen itu bukan sahaja menambah baik ekologi di kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu, barat laut China, tetapi juga mendorong ekonomi tempatan.

Terletak di antara gurun Tengger dan Badain Jaran, keadaan kering-kontang sepanjang tahun di Minqin menyediakan persekitaran yang ideal kepada bawang liar jenis itu untuk bermekaran.

Foto memperlihatkan ladang bawang liar di kampung Bayi, pekan Daba, kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Foto memperlihatkan ladang bawang liar di kampung Bayi, pekan Daba, kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Kaunti itu telah menjadikan sektor bawang liar sebagai industri dengan penggunaan air yang cekap dan menguntungkan, sekali gus mencapai pengeluaran sepanjang tahun dengan menggabungkan rumah hijau dan kaedah penanaman lapangan terbuka, di samping sebuah model yang menyepadukan pangkalan, keluarga petani dan koperasi.

“Saya menanam bawang liar di tanah berkeluasan 20 mu (sekitar 1.33 hektar) dengan tujuh rumah hijau,” ujar Ye Huixiang, pengeluar bawang liar dari kampung Bayi di pekan Daba, kaunti Minqin dengan 15 tahun pengalaman penanaman.

Ye menekankan kelebihan tanaman, termasuk penggunaan air yang rendah, kos pengeluaran minimum, dan kitaran hasil jangka panjang.

“Permintaan pasaran telah berkembang secara signifikan pada tahun-tahun mutakhir, yang banyak mendorong keyakinan kami,” ujar beliau.

Foto memaparkan bunga bawang liar di kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Foto memaparkan bunga bawang liar di kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Industri bawang liar yang berkembang mekar itu bukan sahaja menjana pendapatan petani, tetapi juga mencipta peluang pekerjaan yang stabil untuk penduduk – yang kini boleh bekerja di fasiliti pengeluaran dan lapangan berdekatan dengan rumah.

Kampung Bayi berfungsi sebagai hab kepada industri bawang liar kaunti tersebut. Di sebuah pangkalan penanaman tempatan, para pekerja kelihatan sibuk menuai, membungkus, menimbang dan memuatkan tanaman untuk penghantaran.

“Semasa luar musim pertanian, saya bekerja di sini untuk menuai bawang liar, dengan pendapatan sekurang-kurangnya RMB200 sehari,” kata seorang wanita tempatan bernama Tian.

Setakat ini, pekan Daba telah membangunkan 700 rumah hijau, 3,000 mu lapangan terbuka, dan 50 rumah gelung untuk pemupukan bawang liar. Ia secara tidak langsung mengembangkan penanaman bawang liar kepada 15,000 mu di kaunti itu, membantu industri tersebut dalam mencapai nilai output lebih RMB200 juta dan kaunti Minqin untuk menjadi pangkalan penanaman buatan dan penjualan bawang liar terbesar di China.

Foto menunjukkan satu hidangan menggunakan bawang liar di kaunti Minqin, bandar Wuweu, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

Foto menunjukkan satu hidangan menggunakan bawang liar di kaunti Minqin, bandar Wuweu, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Shao Lan)

“Kami sangat mematuhi piawaian pemupukan bebas pencemaran, organik, dan hijau, serta menggunakan baja organik dan baja haiwan semasa tempoh pertumbuhan bagi mengekalkan kebersihan, rasa dan mesra alam sekitar,” ujar Zhen Zuojun, ketua Parti kampung Bayi.

Kampung itu bukan sahaja bercita-cita untuk menghasilkan bawang liar dengan kualiti yang premium, tetapi juga untuk memanjangkan rantai industri.

Berganding bahu dengan pelbagai perusahaan, Zhen berkata kampung Bayi telah membangunkan produk pemprosesan mendalam, sambil mengedarkan bawang liar dan barangan berkaitan menerusi saluran dalam dan luar talian kepada pasaran di Wilayah Ningxia, Mongolia Dalam, Xinjiang, Hebei, Guangzhou dan banyak lokasi lain lagi.

Seorang pekerja sedang menuai bawang liar di kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Seorang pekerja sedang menuai bawang liar di kaunti Minqin, bandar Wuwei, Provinsi Gansu di barat laut China. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Foto sos bawang liar. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Foto sos bawang liar. (People’s Daily Online/Xi Juanjuan)

Video

Berita Berkaitan