- Lain-lain
Mempertingkat Kemandirian Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Negara Sosialis Moden - Xi
Mekanisme negara sosialis yang sistematik dan pantas perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan projek mega, mempercepat langkah mengatasi pelbagai masalah kritikal berdasarkan gabungan pelbagai elemen berkualiti, dan memperjuangkan matlamat strategik negara.

Demikian kata Presiden China Xi Jinping ketika membuat tinjauan kerja mengenai inovasi teknologi di Taman Inovasi Teknologi Maklumat Kebangsaan yang terletak di daerah Yizhuang pada pagi Isnin.
Jadual tinjauan Xi melibatkan pameran hasil inovasi teknologi seperti kecerdasan buatan dan robot serta sesi temu mesra dengan wakil penyelidik dan ketua syarikat teknologi.

Xi berkata, mempertingkat kemandirian negara dalam bidang sains dan teknologi merupakan kunci bagi memangkin agenda pemerkasaan negara sosialis ke arah yang moden.
Untuk rekod, Taman Inovasi Teknologi Maklumat Kebangsaan yang berpangkalan dalam Zon Pembangunan Ekonomi Teknologi Beijing di kawasan pinggir Tasik Tongming daerah Yizhuang di bandar Beijing, merupakan satu premis aplikasi teknologi maklumat inovatif yang dibina bersama oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China dan pihak berkuasa tempatan bandar Beijing.

Dengan adanya ruangan industri berkualiti tinggi seluas 1.7 juta meter persegi, Taman ini gah dengan ekosistem kluster industri maklumat inovatif yang serba lengkap, disokong oleh kira-kira 1,000 buah syarikat yang bertapak di situ yang mewakili lebih 90% keseluruhan syarikat peneraju dalam bidang teknologi maklumat di negara ini.
- BOC Sediakan Dana Khas RMB60 Bilion untuk Perusahaan Sains dan Teknologi
- WICV 2025 Fokuskan Pengaplikasian Inovatif Teknologi Termaju
- Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2025 Fokuskan Masa Depan Manusia
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains Teknologi - Xi
- China Pinda Undang-undang untuk Dorong Pempopularan Sains
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Memacu Pembangunan Global Melalui Pembudayaan Sains
- Forum Ahli Sains Tengchong 2024 Dirasmikan
- China Miliki Separuh Daripada 20 Bandar Sains Teratas




