Jepun Perlu Tunjuk Keikhlasan Berdialog: MFA

(CRI)Rabu 11 Februari 2026

Jepun perlu menunjukkan keikhlasan untuk berdialog menerusi tindakan praktikal.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Lin Jian dalam sidang media pada Selasa susulan kenyataan terbaru Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi mengenai hubungan Jepun-China.

Lin menegaskan bahawa dialog harus dilakukan berasaskan prinsip saling menghormati dan mematuhi konsensus yang telah dicapai.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika Jepun mahu mengembangkan hubungan strategik yang saling untung dengan China, negara itu patut menarik balik kenyataan salah berhubung Taiwan oleh Takaichi, dan mematuhi empat dokumen politik China-Jepun serta komitmen politik yang telah dibuatnya.

Video

Berita Berkaitan