- Lain-lain
TBC Serlah Tarikan Budaya China

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, tempahan pakej pelancongan inbound di China menyaksikan ledakan dengan pesanan tiket penerbangan menokok lebih empat kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
TBC merupakan perayaan tradisional yang paling meriah dan ikonik di China.
Tradisi rakyat China meraikan TBC tersenarai sebagai warisan budaya tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada hujung 2024.
Sejak itu, pengaruh dan populariti perayaan itu di peringkat global semakin meningkat.
Bahang sambutan TBC kian dirasai di setiap pelosok bumi China, baik di timur laut yang terkenal dengan budaya ais dan salji mahupun bahagian selatan yang menyerlahkan keunikan warisan budaya tidak ketara.

Pelancong dari seluruh dunia berpeluang menjejak kaki ke pelbagai tempat di China untuk menyelami budaya dan adat resam masyarakat tempatan.
Aura TBC juga semakin menebal di seberang laut. Hampir 20 negara telah menetapkan perayaan TBC sebagai cuti umum, manakala banyak negara dan wilayah juga menganjurkan aktiviti sambutan yang penuh meriah.
Perayaan TBC membawa nilai sejagat yang mampu menembusi sempadan budaya.
Orang ramai meraikan pertemuan semula ahli keluarga dan sanak saudara, dengan penuh harapan terhadap masa depan yang lebih indah.
Fenomena 'merayakan TBC di China' kini menjadi trend baharu manakala pengalaman 'menjadi sebahagian masyarakat tempatan' telah viral dalam talian.
Perayaan itu menjadi wahana bagi memperkukuh pertukaran budaya dan persefahaman sesama rakyat.
- 6 Bandar China Wajib Lawat pada TBC 2026
- Xi Ucap Selamat TBC 2026 kepada Rakyat Seluruh Negara
- Setiausaha Agung PBB Ucap Selamat TBC
- Hiasan Perayaan Meriahkan Suasana TBC di Makau
- Jamin Keselamatan Rel dalam Musim Pengangkutan Sempena TBC
- Persiapan TBC Rancak di Merata China
- “Bazar Dalam Tren” Meriahkan Lagi Puncak Perjalanan TBC di Heilongjiang
- Foto: Hainan Sambut Musim Perjalanan TBC Pertama Sejak Bermulanya Operasi Kastam Khas FTP
- Suasana TBC Tiba di Kampung Mojiaqiao, Hangzhou
- Kedutaan China di AS Anjur Aktiviti Sambutan TBC




