- Lain-lain
Sambutan TBC Semakin Relevan dalam Landskap Dunia dari Segi Budaya

Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 arahan Kumpulan Media China (CMG) berperanan sebagai satu platform untuk menyampaikan doa-doa kepada kawan-kawan di pelbagai negara terutama golongan orang Cina di seberang laut, dan mempamerkan budaya warisan berkaitan TBC dan kekayaan gaya China kepada dunia. Laman web 'El Mundo' Sepanyol menerbitkan satu laporan yang berbunyi bahawa Malam Gala TBC 2026 itu bukan sahaja membawa makna untuk hiburan, tetapi juga satu platform negara untuk membuat naratif tentang perpaduan, kemakmuran dan keharmonian.
Sebagai pesta tradisional yang paling penting bagi bangsa Cina, TBC mempunyai nilai yang tinggi dari segi sejarah dan budaya yang semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa. Sambutan TBC sinonim dengan "permulaan tahun baharu lunar, segala-galanya diperbaharui", dan nilai-nilai yang diamalkan semasa sambutan itu seperti bersama dengan keluarga, keharmonian, keterangkuman, dan hidup bersama secara harmoni, juga selaras dengan nilai universal yang diterima setiap insan.
Di pelbagai tempat di seluruh dunia, budaya Cina terserlah semasa penganjuran pelbagai aktiviti sambutan TBC seperti karnival 'Miaohui', pertunjukan cahaya lampu hiasan dan sebagainya.
Di sebali situasi dunia yang kucar-kacir pada zaman pasca normal ini, China tetap menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dan memperluas keterbukaan, dan membawa kestabilan dan kepastian yang berharga kepada landskap dunia, yang sudah meraih penghargaan dan pengiktirafan secara meluas. Terdapat semakin ramai warga asing yang ingin memahami China dengan lebih mendalam, sehingga tercetus fenomena 'keghairahan menghayati budaya China' di luar negara.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dengan dorongan dasar China tentang kemasukan bebas visa, ramai warga asing memilih menjejakkan kaki ke negara ini untuk melancong, merasai secara menyeluruh daya tarikan China dan budayanya, dan tidak sedikit antara mereka sudah menjadi tenaga positif dalam menyediakan pendedahan menyeluruh dan pelbagai dimensi tentang China dalam senario global.
Tahun Kuda sudah tiba, setelah sambutan bersama dalam suasana meriah. Diharapkan kita semua meningkatkan kefahaman dan komunikasi, menghapuskan salah faham dan konflik, mencetus momentum baharu seperti 'kuda memecut', dan bersama-sama memperjuangkan masa depan yang lebih indah.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Xi Hadir Majlis Resepsi TBC 2026 di Beijing
- Pertalian Yang Menyatukan
- Pasar Seluruh China Sibuk Dengan Persiapan TBC
- Pelbagai Acara Diadakan di Merata China Sempena TBC
- Kedutaan China di Thailand Anjur Majlis Sambutan TBC
- Pemimpin Parti dan Negara Ziarahi Pegawai Kanan Veteran Menjelang TBC
- Kereta Api Perlahan Jadi ‘Bazar Tahun Baharu’ Bergerak
- Kedutaan China di Filipina Anjur Majlis Sambutan TBC
- TBC Serlah Tarikan Budaya China
- 6 Bandar China Wajib Lawat pada TBC 2026