- Lain-lain
Tuduhan AS Mengenai Ujian Letupan Nuklear China Tidak Berasas
Tuduhan Amerika Syarikat (AS) bahawa China menjalankan ujian letupan nuklear adalah tidak berasas dan ia hanyalah alasan untuk mewajarkan kemungkinan penyambungan semula ujian oleh pihak tertentu.

Kenyataan itu dibuat Duta Besar China bagi Hal Ehwal Pelucutan Senjata, Shen Jian ketika berucap menegaskan mengenai pendirian China terhadap isu keselamatan antarabangsa dan kawalan senjata pada sesi peringkat tinggi Persidangan Mengenai Perlucutan Senjata di Geneva pada Isnin.
Shen berkata, tatkala berdepan dengan situasi keselamatan antarabangsa yang kompleks, China berpegang kepada prinsip kawalan senjata yang adil, bekerjasama, seimbang dan berkesan, di samping komited untuk memperkasakan kerjasama keselamatan antarabangsa dan menaiktaraf tadbir urus keselamatan global.
"China secara tegas menyokong manifesto dan matlamat Perjanjian Larangan Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear.
"China mendesak AS menunaikan komitmen negara-negara pemilik senjata nuklear terhadap moratorium ujian nuklear, serta bersama-sama memelihara konsensus global mengenai larangan ujian tersebut,” tegas Shen.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Kapasiti Penjanaan Tenaga Nuklear China Terbesar di Dunia
- Unit 1 Janakuasa Nuklear "Hualong One" Mula Operasi
- China Buka 12 Fasiliti Penyelidikan Nuklear Untuk Saintis Global
- Sedia Bentuk Sinergi Galak Pembangunan Inovatif Tenaga Nuklear: Wakil China
- China Kali Pertama Bahaskan Draf Undang-undang Tenaga Atom
- Jumlah dan Kapasiti Unit Janakuasa Nuklear China dalam Pembinaan No.1 di Dunia
- Sidang Kemuncak Tenaga Nuklear Berlangsung di Brussels
- Xi Hantar Utusan Khas ke NES Edisi Pertama
- Forum Uranium Antarabangsa Tumpu Kerjasama
- Unit Janakuasa Nuklear Ketiga "Hualong One" China Dibina di Pakistan