- Lain-lain
China Umum Rancangan Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia Tahun 2026
China akan melaksanakan dua misi penerbangan angkasa lepas bermanusia, dan satu misi pembekalan kapal kargo pada tahun 2026, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).
Menurut rancangan, China akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama bagi tahun 2026 iaitu pengaplikasian dan pembangunan stesen angkasa lepas, serta penerokaan Bulan.
CMSA berkata, kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan bagi fasa pendaratan di Bulan sedang dijalankan mengikut jadual, bagi memastikan sasaran pendaratan angkasawan di Bulan dapat direalisasikan menjelang 2030.
Untuk rekod, China dan Pakistan telah menandatangani perjanjian kerjasama mengenai pemilihan dan latihan angkasawan pada 2025. Menurut perjanjian berkenaan, seorang angkasawan dari Pakistan akan menjalankan penerbangan jangka pendek selaku pakar muatan, dan melakukan ujian sains di stesen angkasa lepas China.
Menurut rancangan CMSA lagi, agensi itu akan terus menggalakkan pelaksanaan projek kerjasama dengan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA), sebagai langkah penting dalam usaha Beijing memperluas kerjasama angkasa lepas antarabangsa dan berkongsi pencapaian yang berkaitan dengan dunia.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Rancang Ujian Hentaman Kinetik terhadap Asteroid
- Persembahan Dron Sempena Hari Angkasa Lepas China
- Stesen Angkasa China Dihuni Angkasawan 731 Hari
- Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-7 Bersiap untuk Dilancarkan
- Kapal Angkasa Eksperimen Boleh Guna Semula China Berjaya Mendarat
- Robot Buatan China Mampu Teroka Bulan, Marikh
- China Umum Logo Misi Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia
- China Anjur Pameran Pencapaian Projek Angkasa Lepas Bermanusia
- Tapak Pelancaran Wenchang, Tempat Bermulanya Impian Angkasa
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran