- Lain-lain
China Seru Tindakan Ketenteraan di Asia Barat Dihentikan Serta Merta
Serangan ketenteraan yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran, sudah mencetuskan situasi serantau tiba-tiba menjadi sengit, dan ini sudah dalam perhatian China. Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong berkata sedemikian dalam sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi Asia Barat pada Sabtu.
Fu menyatakan, China sentiasa menegaskan bahawa semua pihak harus mematuhi manifesto dan prinsip Piagam PBB, menentang dan mengecam penggunaan atau ancaman untuk menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa, dan kedaulatan, keselamatan serta keutuhan wilayah setiap negara termasuk Iran mesti dihormati.
Fu berkata, China amat sedih berikutan ramai rakyat jelata maut dan cedera dalam konflik itu.
Beliau menekankan, China menyeru agar tindakan ketenteraan dihentikan serta merta, dan mencegah situasi ketegangan daripada terus meningkat. Adalah amat mengejutkan bahawa serangan kekerasan berkenaan berlaku semasa berlakunya rundingan diplomatik AS-Iran. Pihak-pihak berkenaan sewajarnya melakukan politik keberhasilan, memulihkan dialog dan rundingan dengan secepat mungkin, dan kembali ke landasan yang betul yang menekankan penyelesaian politik. China bersedia bersama masyarakat antarabangsa menggembleng usaha untuk menggalakkan kedamaian dan mendorong pemulihan kedamaian dan kestabilan di rantau Asia Barat dengan seawal mungkin.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Seru Masyarakat Antarabangsa Bertindak Promosikan Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara'
- Putin, Macron Adakan Perbualan Telefon, Bincang Isu Asia Barat
- Duta China Gesa Gencatan Senjata Segera di Asia Barat
- Wang Yi Nyatakan Pandangan China berhubung Situasi di Asia Barat
- China Gesa Usaha Segera UNSC Redakan Situasi Lubnan-Israel
- China Seru Usaha Elakkan Situasi Meruncing di Asia Barat
- China Sedia Promosi Peredaan Situasi di Asia Barat
- Pembangunan Damai, Aspirasi Rakyat Asia Barat