China, Oman Seru Peperangan Ditamatkan Segera

(CRI)Selasa 03 Mac 2026

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Oman, Badr Hamad Albusaidi pada Isnin.

Wang Yi berkata, China menggesa semua pihak agar bekerjasama untuk menghentikan konflik dan menyokong Oman agar terus memainkan peranan pengantaraan secara adil dan membina.

Selain itu, China juga bersedia memainkan peranan konstruktif, termasuk mempertahankan keadilan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demi mencapai keamanan dan menamatkan peperangan.

Sementara itu Albusaidi berkata rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Namun begitu AS dan Israel didakwa mengetepikan hasil rundingan sedia ada dan melancarkan tindakan ketenteraan, sesuatu yang disifatkan sebagai amat dikesali.

Kata, pihak Oman berpendapat bahawa semua pihak pada masa ini perlu menggandakan usaha bagi menamatkan peperangan secepat mungkin.

Video

Berita Berkaitan